ASSALAMUALAIKUM.
KUAM datang lagi. Ayah bawa mama dan Haaris hari ni. Dok rumah takde aktiviti nak buat. Mama dan ayah last pergi KUAM ni pada tahun 2010. Masa tu ayah dengan mama je la. Haaris belum ada.
Kita bertolak dari rumah jam 1030 pagi. Tunggu anak mama ni bangun dulu. Lagipun, lokasi tak jauh pun dari rumah kita. Dalam 15 minit je. Tapi tadi ayah g ofis dulu, ambik payung sebab cuaca panas hari ni. Lepas g UTEM, kita terus pergi airport, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Kat situlah karnival ni berlangsung. Sebenarnya hari ni adalah hari akhir karnival. Mula 13 Julai hingga 15 Julai 2012. Perasmiannya telah dibuat semalam, 14 Julai 2012.
Sampai je, orang dah ramai. Mama tengok banyak je booth kat luar tu. Tapi kita masuk dalam dulu. Fee nak masuk untuk tahun ni RM5 sorang untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 2 tahun free je. Hurrmm dah mahal la. Masa tahun 2010 fee untuk dewasa baru RM1 je. Tapi takpe, setahun hanya sekali:-).
Banyak pesawat dipamerkan. Pesawat PDRM, Maritim dan lain- lain. Kalau sape nk bergambar dalam pesawat kecik ni pon boleh. Tapi yang mane pintu dibuke je la. Kita pun tak lepaskan peluang:-) kalau nk naik helikopter pun disediakan. RM 100 / PERSON? hurmm agak mahal. Yang ni kita tak naik:-) pesawat maritim besar dari yang lain. Yang ni dibuka untuk sape2 nak tengok dan cuba duduk kt dalam. Tapi kena beraturpanjang. Ramai sangat orang yang nak masuk. Kita tak cuba, sebab mama fikir susah sikit dengan stroller bagai. Takut haaris rimas pon ye kalau beratur lame2.
Sedang asyik bergambar, tiba2 ada aksi aerobatic kat atas. seriau mama. Huhu. Takut pon ada..tabik la kt pilot yang handle pesawat tu. Kejap naik, kejap menjunam,kejap pusing2.. Hahaha. Mama lak rase nak g dok kt dalam airport. Takut pesaat tu jatuh..huhu..
Lepas tengok aerobatic tu, ayah ajak kuar da sbb hari pun dah panas. Kesian haaris dah ngantok. Jam 1230 terus keluar dan pergi area pameran kat luar. Banyak juga pameran, ada askar, polis, jual makan minum, syarikat dan akademi penerbangan dan lain2. Mama ingt nk beli jugak ape2, untuk kenangan, tapi semua mahel2 belake.
Jam 1.00 kita terus gerak balik rumah. Haaris dah selamat tidur dalam stroller dia:-)
Haaris nak jadi apa? Pilot ke Doktor?
Saya mengantuk ;)
Jom balik kampung ;)
Hebakkk2!!
No comments:
Post a Comment