Wednesday, July 18, 2012

Ragam Haaris

Assalamualaikum.

Dah masuk 5 bulan ni, macam-macam ragam anak mama ni. Asyik nak berdukung je. Merengek dan nak diriba. Kalau mama dan ayah sentiasa kat rumah takpe la sayang oi...mama keje, ayah keje. Malam je boleh layan sayang.
Hari tu kita pergi mall nak cari baju haaris pun tak dapat. Haaris merengek je. Tambah dengan haaris kena selesema dan batuk-batuk. Haaris ni, mama perhatikan kalau nak masuk bulan baru je akan demam, batuk dan selesema. Mula la dia akan meragam. Nak berubah bulan orang kata. Dia pun sekarang ni asyik menyembur je. Maka, berguguran la rambut mama. Mitos org lama kalau baby kite main sembur2 tu, rambut kita akan gugur. Tapi dari segi logiknye, sebab hormon lepas bersalin dah nk kembali normal. Masa nye selari dengan umur anak yang  dok syok main sembur2:-)
Hari tu, mama bawa dia jumpa doktor. Sebab selesema. Yang utamanya, mama risau sebab haaris ni kulit dia macam mudah allergic. Kene gigit nyamuk, seminggu baru hilang. Then, kat perut dia kulit jadi kering  sampai dada, kat celah lutut n siku pun jadi kering. Mama takut terus merebak, tu bw haaris jumpa doktor.
Masa checkup dengan doktor, relax je anak mama ni. Doktor buat fully checkup, tekan2 perut, check suhu badan, siap buka mulut tengok merah x. Doktor cakap semua normal. Tapi kulit dia kering sikit. Haaris ada ekzema sikit. Jadi, mulai sekarang, haaris tak boleh lagi guna gohnson milk bath n baby lotion and baby talc. Doktor ade bagi 3 step untuk hilangkn kekeringan ni. Step 1, Doktor ada bagi cleanser yang takde buih langsung, x de bau pun.mandi guna cleanser tu je. Huhu x wangi da.....step 2, cream untuk sapu kalau bdan haaris merah and gatal, step 3, moisturiser cream Ezzera, yg ni sapu kat badan dia bile2 kering. Cream ni ok untuk baby sebab takde steroid. Sekarang dah beberapa hari guna, nampak dah ade perubahan. Alhamdulillah.
Babysitter pun cakap,  haaris asyik meragam je. Jangan la sayang oi, risau mama ni kalau haaris meragam kt umah org. Takut orang tak nak jaga haaris. Dia cakap, haaris nak makan agaknya..betul ke anak mama nak makan atau pe'el je. Haaris baru 5 bulan. Masa yang elok nagi solid food adalah 6 bulan. Mama dalam dilema sayang. But, mama akn buat yg terbaik untuk mu anak...
   






 5 Bulan

Sunday, July 15, 2012

Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2012


ASSALAMUALAIKUM.


KUAM datang lagi. Ayah bawa mama dan Haaris hari ni. Dok rumah takde aktiviti nak buat. Mama dan ayah last pergi KUAM ni pada tahun 2010. Masa tu ayah dengan mama je la. Haaris belum ada. 
Kita bertolak dari rumah jam 1030 pagi. Tunggu anak mama ni bangun dulu. Lagipun, lokasi tak jauh pun dari rumah kita. Dalam 15 minit je. Tapi tadi ayah g ofis dulu, ambik payung sebab cuaca panas hari ni. Lepas g UTEM, kita terus pergi airport, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Kat situlah karnival ni berlangsung. Sebenarnya hari ni adalah hari akhir karnival. Mula 13 Julai hingga 15 Julai 2012. Perasmiannya telah dibuat semalam, 14 Julai 2012.
Sampai je, orang dah ramai. Mama tengok banyak je booth kat luar tu. Tapi kita masuk dalam dulu. Fee nak masuk untuk tahun ni RM5 sorang untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 2 tahun free je. Hurrmm dah mahal la. Masa tahun 2010  fee untuk dewasa baru RM1 je. Tapi takpe, setahun hanya sekali:-).
Banyak pesawat dipamerkan. Pesawat PDRM, Maritim dan lain- lain. Kalau sape nk bergambar dalam pesawat kecik ni pon boleh. Tapi yang mane pintu dibuke je la. Kita pun tak lepaskan peluang:-) kalau nk naik helikopter pun disediakan. RM 100 / PERSON? hurmm agak mahal. Yang ni kita tak naik:-) pesawat maritim besar dari yang lain. Yang ni dibuka untuk sape2 nak tengok dan cuba duduk kt dalam. Tapi kena beraturpanjang. Ramai sangat orang yang nak masuk. Kita tak cuba, sebab mama fikir susah sikit dengan stroller bagai. Takut haaris rimas pon ye kalau beratur lame2. 
Sedang asyik bergambar, tiba2 ada aksi aerobatic kat atas. seriau mama. Huhu. Takut pon ada..tabik la kt pilot yang handle pesawat tu. Kejap naik, kejap menjunam,kejap pusing2.. Hahaha. Mama lak rase nak g dok kt dalam airport. Takut pesaat tu jatuh..huhu..
Lepas tengok aerobatic tu, ayah ajak kuar da sbb hari pun dah panas.  Kesian haaris dah ngantok. Jam 1230 terus keluar dan pergi area pameran kat luar. Banyak juga pameran, ada askar, polis, jual makan minum,  syarikat  dan akademi penerbangan dan lain2. Mama ingt nk beli jugak ape2, untuk kenangan, tapi semua mahel2 belake.
Jam 1.00 kita terus gerak balik rumah. Haaris dah selamat tidur dalam stroller dia:-)


Haaris nak jadi apa? Pilot ke Doktor?










Saya mengantuk ;)

Jom balik kampung ;)



Hebakkk2!!

Saturday, July 14, 2012

HAARIS 5 MONTH

Assalamualaikum.

Hari ni 14 julai genap umur baby mama ni 5 bulan. dah besar sayang mama ni. dah bijak, dah pandai, manja sangat dengan ayah. rasa macam baru je mama lahirkan dia. sekarang haaris dah boleh meniarap. berat pun dah cecah 6.8kg. mama dah tak larat dukung lama2. time mandi bagi kt ayah. buat masa ni mama x bagi haaris makan lagi. nk tunggu dia genap 6 bulan baru nak bagi makan . doktor kata usus baby bawah 6 bulan hanya boleh minum susu je, masih belum mampu nk hadam solid food. mama ikut nasihat doktor, utk kebaikan haaris sayang ye. lagi sebulan je.

petang tadi ayah bawak haaris pergi jalan2. kita ke pantai klebang, kt dataran 1 malaysia tu. ramai orang. haaris msh dalam mood x baik baru bangun tido. hehe..x ceria sgt la dia. tp x meragam tu ok la. suka angin pantai agaknye. cuaca hari ni pun mendung je, sejuk. gerak dari rumah dalam pukul 5.30. sampai sane dekat pukul 6. banyak kete ats jalan. ramai jugak orang. bawak family dihari minggu. tempat ni baru nk dimajukan. pokok pun kecik je lagi. jadi, feel pantaiii tu xda sangat. tp ok je kalau nk jalan2 di waktu petang:-) sapenk naik kuda pon boleh.

dah habis jalan, dekat jam 7 kite gerak balik. x elokkan orang kata bwk baby jalan time maghrib.