Monday, April 16, 2012

SUNTIKAN IMUNISASI

Hai.Haaris masih kt kampung ( k.rompin) seba sabtu ni auntie yaya nak kawin. since haaris da masuk 2 bulan, hari ni mama bawak haaris ke klinik kesihatan rompin. nak ambik imunisasi yg umur 2 bulan. mama terus bwk haaris kt sini je mls nk tunggu seminggu lagi kalau nk cucuk haaris kt melaka.

pegi klinik tadi dalampukul 11. tunggu haaris bgn tidur dulu baru mandikan. dia lambat bangun sbb mlm td pukul 3 baru haaris tidor. ngantok mama. mama jaga sampai pk 1 je. x larat, pass kt ayah la. ngantuk sangat.

sampai klinik pon haaris tidur lagi. ambil nombor giliran. ade sepuluh org semua br turn haaris. pukul 12, nurse panggil. timbang. berat haaris sekarang 5.1kg. sebulan lepas 4.3kg. berkat susu mama. heheh. tinggi haaris 58cm dah.

sampai time nk cucuk, haaris bangun. hurmm. terus bagi susu. nurse cucuk time tu la. jadi haaris nangis kejap je. mama terus susukan haaris. nurse bagi ubat demam suruh bagi dia makan takut demam balik nanti. kalau lepas 6 jam x demam xpe, nurse tu cakap. harap2 haaris tak demam.

balik je rumah, terus bagi dia ubat demam dengan harapan mama janganla haaris demam. tp dengan muka berkerut dan menangis mama tahu haaris x suka rasa ubat tu. huhu. mama bagi susu lps tu pon haaris da merajuk. merengek je. xpela, haaris nangis mkn ubt drpd haaris nangis demam.

p/s haaris ngn mama je ni kt umh wan , ayah balik melaka dulu sb keje. besok ptg ayah balik semula. jgnla haaris demam mlm nanti. mama risau.

Sunday, April 15, 2012

samb..haaris 2 month

haaris 2 bulan

ni samb entry lepa. mama ckp nk tempek gmbar haaris, tp leceh pulak guna tan nih. alih2 kena buat entry baru lagi senang. heheh.

td mama dah bagi haaris guna puting baru, kejap dia hisap, pastu alih alihnak yang mama jugak. hoho. camane ni haaris. nampaknye mama kena cari puting lain lagi la.huhu

Haaris umur 2 bulan

pada 14 April (semalam) genap umur Haaris mama 2 bulan. dia dah pandai senyum bila diagah. dia juga dah pandai nak  bercakap bila ditegur. kejap je dah besar anak mama nih. gembira mama tau;

menyusu pun makin kuat. haaris makin berat. cepat je lenguh tangan mama bila dokong haaris. tapi haarishaaris masih tolak botol susu. tu yang buat mama risau sbb nanti mama nak tinggal haaris kat pengasuh mama nak keje. xpe, nanti mama train haaris. petang tadi mama try pegi beli puting baru kot haaris nak. skrg mama bagi guna yg pureen, mmg keras sikit. harap2 haaris nak puting yg baru nih.

haaris pun dah pandai nangis2 manja sampai meleleh air mata. agaknye haaris dah ada perasaan. hihi. dan dah pandai pikir keadaan sekeliling kot. sebelum ni nangis penah kuar air mata pun.
besok mama nk bawa haaris pergi klinik. ambik imunisasi yang umur 2 bulan tu. kalau tak silap mama 3 suntikan. huhu. risau mama takut haaris demam. anak mama tak pnh demam lagi. tp mama tau haaris kuat. hari tu masa cucuk satu umur satu bulan haaris nangis jap je. ape2 pun kite tgk besok ye.hihi. ni mama tepek gambar haaris umur 2 bulan k

Wednesday, April 11, 2012

Muhammad Haaris Zafran

Assalamualaikum.

mydearhaaris. nama yang sesuai untuk tajuk blog mama. sebab banyak cerita pasal haaris mama nak kongsi. dah lama mama tak menulis blog. tiba2 mama rasa nak menulis. tapi mama tak tahu nak berkongsi tentang apa. fikir2, sekarang mama ada haaris, permata hati mama:-) apa salahnya kan mama berkongsi cerita pasal haaris. nanti bila haaris dah besar, boleh haaris buat kenangan:-) setakat ni tu je dulu sebagai intro. nanti ada cerita best mama update kat sini je. lagipun mama masih ada baki cuti bersalin lagi sebulan:-)